Kiamat politik akan berlaku kepada UMNO dan DAP sekiranya wujud kerjasama antara kedua-dua parti itu di Perak.<br />Menurut Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM). Dr Mohammad Tawfik Yaakob sekiranya kerjasama itu direalisasikan, kesannya akan dirasai kedua-dua parti di seluruh negara bukan hanya di Perak.<br />Rakyat Perak kecewa kerana kemelut politik yang berlaku sejak jumaat lalu masih belum diselesaikan.<br />Kemelut itu sekaligus menyebabkan Belanjawan 2021 negeri tidak dapat dibentang dan diluluskan, selain fokus untuk menghadapi pandemik COVID-19 yang melanda negeri itu Terganggu.
